VISI:

"PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”

MISI:

"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"

Tuesday, 29 January 2013

GURU PENYAYANG, SEKOLAH PENYAYANG


Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru 
mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di 
sekolah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah
memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada
murid melalui sambutan hari jadi. Justeru itu, pihak sekolah
telah mengadakan satu majlis meraikan murid dan guru yang
lahir pada Januari dalam perhimpunan pertama sekolah 
iaitu pada 3 Januari 2013.  Pengetua telah memanggil
nama murid yang menyambut hari jadi dan meminta murid
itu keluar ke hadapan tapak perhimpunan.

Suspen juga murid tersebut pada awalnya. Selepas
memanggil beberapa nama, pengetua memaklumkan bahawa
murid-murid yang dipanggilnya itu adalah mereka yang
menyambut hari jadi pada bulan Januari.. Fuhhh lega...

Pengetua sedang memberi ucapan


Sebahagian daripada murid di dataran perhimpunan

Murid dan guru memotong kek hari jadi


Sebahagian daripada murid di dataran perhimpunan
Semoga program ini akan dilaksanakan secara berterusan
sepanjang tahun.



Monday, 28 January 2013

BORANG PERMOHONAN DAN PANDUAN HADIAH BIASISWA SUKAN KPM 2013


BORANG PERMOHONAN DAN PANDUAN HADIAH BIASISWA SUKAN KPM 2013


Dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Sukan (BS) 2013 kini telah dibuka.
Sila muat turun borang dan panduan permohonan yang dilampirkan untuk edaran.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum 31 Mac 2013 untuk tindakan selanjutnya.
Terima Kasih.
sumber: http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-

Ulasan Tambahan:
Kepada semua murid SMK. Pantai boleh dapatkan borang dan panduan permohonan daripada Pn. Siti Jana bt. Asaat pada masa rehat atau selepas waktu persekolahan.

SENARAI GURU BERTUGAS MINGGUAN 2013


Guru Bertugas 2013 -


SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.

GURU BERTUGAS MINGGU INI



Guru yang bertugas minggu ini ialah (28 Januari - 1 Feb 2014)

  1. Juraidah Binti Manggul
  2. Norlialah Binti Abdulla
  3. Mohd Syahir Bin Mohd Yusoff
  4. Saifol Bin Hj Abdul @ Suffian
  5. Susilawati Binti Mohd Ibbinie Hong


Sunday, 27 January 2013

LARANGAN MEMBAWA TELEFON KE SEKOLAH








Saturday, 26 January 2013

Bengkel APDM untuk Guru Tingkatan 1 dan 2 2013

Unit Pengurusan Data telah menganjurkan satu Bengkel Hands-On APDM untuk guru kelas tingkatan 1 dan 2 serta penyelaras tingkatan 1 dan 2 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Januari 2013 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat:  Makmal Komputer, SMK Pantai

Tujuan bengkel ini diadakah untuk memberi panduan khususnya kepada  guru kelas untuk mengisi data murid secara online melalui aplikasi APDM.
Penyelaras tingkatan 1 dan 2

Pn. Tang, Guru Kelas 1 Zamrud

Pn. Pawa, Pn. Norazlina dan  Pn Rosmarini

En. Tay 

Pn. Rosmarini

Pn. Rumaizah - Fasilitator






Wednesday, 16 January 2013

Bantuan Persekolahan 2013

“Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 Peringkat W.P. Labuan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh :21 Januari 2013 (Isnin)
Masa :1.30 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

Penyerahan akan dilaksanakan oleh Ahli Parlimen WP Labuan, Y.B. Datuk Hj. Yussof bin Hj. Mahal. Seramai 500 orang murid dan ibubapa dijangka akan hadir ke majlis tersebut. Terima kasih.

Sumber: Fanpage JPWPL


Gambar hiasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads