VISI:

"PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”

MISI:

"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"

Friday, 8 February 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah selamat diadakan pada 8 Februari 2013 bersamaan hari Jumaat di padang sekolah. Walaupun pada awal pagi, hujan turun dengan agak lebat, tetapi keadaaan ini tidak berlaluran dan tidak mematahkan semangat guru dan para pelajar untuk meneruskan acara tatkala hujan berhenti. Tepat pada pukul 8.20 pagi,  kategori peserta perempuan 18 tahun telah dilepaskan oleh pengetua, diikuti perempuan kategori 15 tahun, lelaki 15 tahun dan terakhir ialah lelaki 18 tahun.

Berikut adalah foto para pemenang setiap kategori.


Kedudukan nombor 1-10, perempuan 15 tahun

Kedudukan nombor 1-10, perempuan 18 tahun

Kedudukan nombor 1-10, lelaki 15 tahun
  
Kedudukan nombor 1-10, lelaki 18 tahun

Tahniah kepada para pemenang.  Teruskan kecemerlangan anda dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat Negeri yang akan diadakan pada 23 Februari 2013.


Untuk melihat lebih banyak foto sekitar Kejohanan Merentas Desa 2013, sila klik
di sini


Wednesday, 6 February 2013

PEMBERITAHUAN


PERLUASAN PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID YANG BUKAN WARGANEGARA TAHUN 2013


Perluasan pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid yang bukan warganegara tahun 2013.

Perluasan Bantuan Persekolahan 2013

sumber: http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan

Cuti Peristiwa sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2013

Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti


Sambutan Tahun Baru Cina 2013 akan disambut pada 10 dan 11 Februari 2013 (Ahad dan Isnin ).  Sehubungan itu, pihak sekolah telah mengambil cuti peristiwa selama sehari dan cuti berganti selama dua hari bagi membolehkan murid dan guru Tionghua/Cina dapat meraikan hari kebesaran mereka  dengan lebih tenang dan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama sanak keluarga.

Berikut ialah berkaitan jadual cuti peristiwa dan cuti berganti tersebut.

BIL
PERKARA
TARIKH CUTI
TARIKH SEKOLAH GANTI
JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN
1
Tahun baru Cina
10 dan 12 Februari 2013
-
-
2
Cuti Peristiwa
13 Februari 2013
-
-
3
Cuti berganti
14 Februari 2013
9 Mac 2013
Khamis
4
Cuti berganti
15 Februari 2013
27 April 2013
Jumaat
   


Secara keseruhannya, sekolah akan  akan bercuti selama sembilan hari iaitu dari 9 Februari hingga 17 Februari 2013.


Selamat bercuti dan gunakan cuti kalian dengan sebaik mungkin.

Sambutan Hari Jadi 2013


Albun Bergambar Sambutan Hari Lahir Warga SMK. Pantai

Bulan Januari


Guru dan murid yang menyambut hari jadi pada bulan Januari


Kek telah selamat dipotong sebagai simbolik


Kak Normah, pekerja swasta turut diraikan

Puan Dayang sedang menyuapkan potongan kek



Bulan Februari

Tiga biji kek untuk yang diraikan

Potong Kek sambil diperhati Pengetua

Pengetua menyuapkan buah ceri kepada cikgu Jeffri

Potong kek...

tunggu untuk sambutan Bulan Mac!!!




Tuesday, 5 February 2013

KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS sr#3



Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas diteruskan lagi untuk minggu ini. Semua kelas diseru untuk menceriakan kelas masing-masing. Rebutlah peluang untuk menjadi juara terkumpul bulanan dan juara terkumpul tahunan.  Hadiah hebat mnenunggu anda. 


Pada minggu yang lalu, (28 Januari hingga 31 Januari), kelas 3 Delima telah berjaya merangkul gelaran sebagai kelas terbersih dan terceria mingguan.  

Ketua Kelas sedang menerima piala pusingan daripada Pengetua

Apakah kriteria dan kelebihan kelas ini sehingga mereka berjaya menjadi juga pada minggu kelima persekolahan?

Jom kita lihat...

Nama kelas
Papan kenyataan  di hadapatn kelas- penuh informasi


Papan kenyataan mata pelajaran di belakang kelas- sentiasa dikemaskini

Visi sekolah

personalia kelas di susun di frame papan tulis
Carta organisani kelas

Sudut maklumat kehadiran dan jumlah murid dalam kelas


Sudut Bacaan
Meja dilapis dengan kemas dan ditambah 'skirting'
Pandangan luar kelas


Bagaimana pendapat anda? Kondusif dan ceria kelas ini bukan? Walau bagaimanapun masih banyak ruang untuk penambahkaikan seperti membuat 'labelling' pada barang dan peralatan yang ada di dalam kelas dan  membuat inventori perabot kelas.

Apapun, syabas dan tahniah atas usaha dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga kelas dalam memberikan wajah ceria dan bersih terhadap kelas ini. Tahniah dan syabas kepada guru kelas yang bertindak sebagai  pemudahcara dan pendorong kepada para murid dan murid telah mengambil tindakan untuk berganding bahu bagi merealisasikan sebuah impian bersama iaitu Bersih dan Ceria menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif.

 Nak lihat gambar yang lain, sila like fanpage SMKPantai WPLabuan di sini

http://www.facebook.com/smkpantaipage

Monday, 4 February 2013

Guru bertugas Minggu Ini


Berikut ialah guru -guru yang bertugas sepanjang minggu ini (4 Februari 2013-8 Februari 2013), 
  1. EN. FARID ARIFIN BIN MD ARIFIN
  2. PN. NORLIZAWATI BINTI AG. TAHIR
  3. PN. LINA BT MOHD ALI
  4. PN. SAIRIN BT. LINGAH
  5. PN. ZARINA BINTI MAT ZAIN
Selamat menjalankan tugas.

Saturday, 2 February 2013

KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS sr#2


Kempen kebersihan kelas merupakan program sepanjang tahun.   Program ini telah mendapat sambutan daripada murid dan guru.  Terdapat kelas yang proaktif dalam mewarnakan keceriaan kelas mereka.  Pada sr#2 ini, ditunjukkan salah satu kelas iaitu kelas 5 Zamrud yang telah mengambil inisiatif untuk menceriakan kelas mereka bagi melahirkan suasana belajar yang tenang dan kondusif.  Kerja ini dibuat secara bergotong royong.

Semoga, langkah ini diteladani kelas-kelas yang lain dan bersaing untuk menyediakan kelas yang kondusif untuk mencipta suasana pembelajaran yang segar dan tenang.


Langsir diikat dengan kemas

Nampak kemas
Papan kenyataan berinformasi


Papan kenyataan berinformasi


Informasi tentang subjek Sejarah


Maklumat tentang subjek Matematik tambahan


Pandangan dari sudut sebelah kanan kelas


Papan kenyataan maklumat kelas


Nama dan tarikh lahir ahli kelas dipapar secara kreatif


Visi sekolah adan jam


Informasi kehadiran murid

Senang hari kelas dah cantik

Meja guru juga dihias dengan kemas


Sedang mengemaskini papan kenyataan


Sempat posing , tapi member sebelah tu, menyorok pula...


Vest keluar kelas digantung dengan kemas
Bersedia untuk memulakan pembelajaran
Tahniah  untuk murid dan guru kelas. Tahniah dan syabas atas usaha kalian. Kekalkan kebersihan dan keceriaan ini sehingga hari terakhir persekolahan


Nak lihat gambar yang lain, sila like fanpage SMKPantai WPLabuan di sini

Friday, 1 February 2013

DATA MURID 2013



PERHATIAN UNTUK GURU KELAS TINGKATAN 1-5

Guru KELAS diminta untuk mengemaskini DATA MURID mengikut kelas berdasarkan senarai nama murid yang terdapat dalam jadual kedatangan terkini. Kemaskini dilakukan di laman web APDM di

ID Pengguna: no kad pengenalan guru
password       : guru




KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS 2013 sr#1

Kempen kebersihan dan keceriaan kelas telah mula dilancarkan sejak minggu pertama persekolahan lagi. Semua murid, kelas dan guru diseru untuk memastikan kelas dalam keadaan bersih, tersusun, kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.  Guru dan murid telah menyahut seruan tersebut. Foto di bawah boleh menceritakan situasi tersebut.


Guru dan murid bekerjasama
Guru kelas turun padang bersama-sama murid

Tukar label kelas

Mendapat penduan daripada guru

Cat baru agar kelihatan lebih segar
Angkat, jangan tak angkat....


















SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2013



1 FEBRUARI 2013: CUTI


Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada semua warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada tarikh 1 Februari  setiap tahun adalah untuk memperingati hari pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.  

Pada tahun ini genap 39 tahun bagi Bandaraya Kuala Lumpur, 29 tahun Wilayah Persekutuan Labuan dan 12 tahun Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Tema yang dipilih pada tahun ini ialah 
'Perpaduan Teras Kesejahteraan Wilayah Persekutuan'.


Wilayah Persekutuan  Labuan  merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 98 km2 . Diisytihar sebagai wilayah persekutuan pada 16 April 1984.

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Labuan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads