VISI:

"PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”

MISI:

"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"

Wednesday 29 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2014

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua guru dan murid SMK. Pantai. 


Tahun Baru Cina  akan disambut bermula pada 31 Januari ini dan perayaan ini sangat penting bagi orang cina sebagai bermulanya tahun baru dalam kalendar Cina. Pada kesempatan ini, semua saudara mara akan berkumpul untuk merayakan dalam sebuah keluarga yang besar.

Bagi mereka, tahun baru cina merupakan titik permulaan kehidupan dan azam semangan yang baru. Dalam perayaan Tahun Baru, ‘makan besar’ menjadi satu acara yang penting termasuklah jenis makanan yang dihidangkan seperti ikan (melambangkan ‘lebihan’), ‘fatt choy’ (kekayaan).

Menurut Zodiak Cina, tahun 2014 adalah tahun kuda yang diramal membawa banyak cabaran khususnya dalam aspek kewangan. Disifatkan sebagai tahun mencabar bagi isu kepenggunaan, Pengasas Good Feng Shui, Kenny Hoo turut melihat tahun baru ini akan membawa banyak peluang untuk berjaya




http://www.astroawani.com/news/show/ramalan-feng-shui-bagi-tahun-2014

Monday 27 January 2014

Kelas Terbersih Mingguan

Pertandingan Kelas Terbersih dan Ceria diteruskan lagi.  Hasil pemeriksaan dan pemantauan guru bertugas sepanjang minggu lepas (20 -24 Januari 2014) terhadap 33 kelas, mereka telah memutuskan kelas yang mengungguli kelas terbersih pada minggu lalu ialah kelas 3 Zamrud, tempat kedua ialah kelas 5 intan dan tempat ketiga ialah 3 Delima.

Syabas dan tahniah kepada kelas yang menang.

Pemenang bulanan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Februari kerana pada hari Isnin minggu pertama sekolahmasih bercuti sempena Tahun Baru Cina dan Cuti hari Wilayah. 


Pengetua menyampaikan piala pusingan kepada ketua kelas dan guru kelas dengan diiringi oleh PK 1

GURU BERTUGAS MINGGU INI

Sepanjang minggu ini (27 Januari 2014-29 Januari 2014), guru yang bertugas ialah: 
  1. Pn. Jannifer Alip
  2. Pn. Madonna Ripin
  3. Pn. Norlizawati Ag. Tahir
  4. En. Wilter Jonathan Ebang

Pn. Jannifer

En. Wilter

Aktiviti Kokurikulum pada minggu ini ialah :

  • Mesyuarat Rumah Sukan 2014

Tuesday 21 January 2014

Kelas Terbersih Mingguan

Pertandingan kelas terbersih 2014 telah adalah mulai minggu kedua persekolahan iaitu 6 Januari.  Kelas-kelas telah dinilai dan diberi markah oleh guru yang bertugas. 

Kelas 1 Delima telah mengungguli kelas terbersih dan ceria untuk minggu kedua iaiatu 6 Jan - 10 Januari 2014 manakala kelas 3 Topez telah berjaya merampas gelaran kelas terbersih dari 1 Delima pada pertandingan minggu ketiga iaitu dari 13 Januari -17 Januari 2014.

Tahniah kepada kelas-kelas yang berjaya mengungguli pertandingan ini.



Ketua Kelas 1 Delima menerima Piala Pusingan daripada PK 1

Ketua Kelas 3 Topez menerima Piala Pusingan daripada PK 1

Kepada semua kelas diminta sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kelas. Kelas yang bersih dan ceria akan mewujudkan keselesaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014

Seramai 804 orang murid sekolah ini telah menerima Bantuan Awal Persekolahan 2014 yang bernilai RM100.  Majlis penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Senator  Datuk Hj Yunus b. Hj. Kurus, Ahli Dewan Negara yang diadakan di dewan sekolah ini.

Majlis telah diadakan pada Hari Jumaat, 17 Januari 2014 bermula jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

















GURU BERTUGAS MINGGU INI

Sepanjang minggu ini (20 Januari 2014-24 Januari 2014), guru yang bertugas ialah:


  1. En. Mohd. Talib b. Basiron
  2. Pn. Moh Woon Sien
  3. Pn. Jastinah bt. Yusof
  4. Pn. Siti Nabilah bt. Mohamed Zin
  5. Pn. Siti Aishah bt. Kadir
Aktiviti Kokurikulum pada minggu ini ialah : 

Kelab dan Persatuan (2.30 petang -4.30 petang)


Pn. Moh Woon Sien
Pn. Siti Aishah bt. Kadir


Ustazah Jastinah bt. Yusof


Monday 13 January 2014

Guru Bertugas Minggu Ini

Sepanjang minggu ini (13 Januari 2014-17 Januari 2014), guru yang bertugas ialah:


  1. En. Jefri Lazman b. Zahari 
  2. Cik Viviansih bt. Suaprdi,
  3. Ustaz Mohd. Syahir b. Mohd. Yusoff
  4. En. Suhaimi b. Ramli
  5. Pn. Pawa ak Igai
Selamat menjalankan tugas.

**14 Januari 2014 - cuti Maulid-ur-rasul

En. Jefri

En. Suhaimi

Pn. Pawa

Ustaz Mohd. Syahir

Cik Viviansih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads