VISI:

"PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”

MISI:

"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"

Saturday 1 February 2014

SELAMAT HARI WILAYAH 2014

Hari Wilayah Persekutuan ialah cuti umum di Wilayah Persekutuan,Malaysia. Perayaan ini disambut di wilayah Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada 1 Februari setiap tahun. Tarikh ini bersempena pembentukan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia dan Wilayah Persekutuan pertama pada 1974. Kuala Lumpur sebelum itu merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.

Tema sambutan Hari Wilayah pada tahun ini ialah Wilayah Persekutuan Ceria.  



Tema ini menjadi aspirasi Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menjadikan ketiga-tiga wilayah ini sebagai wilayah yang ceria, kondusif dan bersih dalam aspek persekitaran, perumahan dan jaringan perkhidmatan awam yang memenuhi permintaan penduduk.

Pelbagai acara yang dirancang dan disediakan sempena sambutan ini, termasuklah kempen kibar bendera wilayah persekutuan.  SMK Pantai tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan yang dianjurkan ini.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads