VISI:

"PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”

MISI:

"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"

Tuesday 29 January 2013

GURU PENYAYANG, SEKOLAH PENYAYANG


Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru 
mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di 
sekolah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah
memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada
murid melalui sambutan hari jadi. Justeru itu, pihak sekolah
telah mengadakan satu majlis meraikan murid dan guru yang
lahir pada Januari dalam perhimpunan pertama sekolah 
iaitu pada 3 Januari 2013.  Pengetua telah memanggil
nama murid yang menyambut hari jadi dan meminta murid
itu keluar ke hadapan tapak perhimpunan.

Suspen juga murid tersebut pada awalnya. Selepas
memanggil beberapa nama, pengetua memaklumkan bahawa
murid-murid yang dipanggilnya itu adalah mereka yang
menyambut hari jadi pada bulan Januari.. Fuhhh lega...

Pengetua sedang memberi ucapan


Sebahagian daripada murid di dataran perhimpunan

Murid dan guru memotong kek hari jadi


Sebahagian daripada murid di dataran perhimpunan
Semoga program ini akan dilaksanakan secara berterusan
sepanjang tahun.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang Ads